Wednesday, July 20, 2011

Pertandingan Pidato Piala HESA 2011 (Akhir)

16 Julai 2011 - Sabtu@Maahad Tarbiah Islamiah Derang : Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama Kedah, telah berjaya menganjurkan Pertandingan Pidato bagi tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam kategori Sekolah Menengah dan juga Rendah.

Alhamdulillah, pada jam 8.30 pagi telah dibuka meja pendaftaran untuk semua peserta yang mengambil bahagian. Pada kali ini, melihat bahawasanya kuantiti peserta memang memberangsangkan. Tepat jam 9.30 pagi, Pen Setiausaha program telah membuka tirai pertandingan dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Maahad Tarbiah Islamiah Derang untuk mempengerusikan pertandingan tersebut.

Untuk pertandingan pidato pada kali ini, masa yang diambil untuk dilangsungkan pidato mengikut bahasa dan kategori yang telah ditetapkan dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang. Tersinar di wajah wajah peserta yang berjaya ke peringkat akhir ini begitu bersemangat bagi merebut piala yang diperkatakan.

Setelah selesai pertandingan melibatkan ketiga-tiga bahasa tersebut, pada jam 1.15 petang, semua peserta berehat sebentar dan solat zohor berjamaah di Masjid Derang dan disulami dengan jamuan tengahari yang disediakan khas oleh pihak maahad.

Selepas selesai solat Zohor, para tetamu dan peserta berkumpul semula didalam dewan untuk Majlis Perasmian Penutupan. Pada jam 2.30 petang sementara menanti ketibaan perasmi, Ustaz Ahmad bin Yahaya, para tetamu dan peserta disajikan dengan alunan nasyid oleh DZIL AFNAN.

Pada jam 3.00 petang, ketibaan Ustaz Ahmad Yahaya ke Dewan Tafaqquh Fiddin Maahad Tarbiah Islamiah. Beliau disambut mesra oleh AJK Induk Hesa dan diiringi oleh Ustaz Aizat Zakaria yang kebetulan bersama beliau dalam perjalanan menuju ke program ini.

Di dalam kesempatan yang ada, Ustaz Mohamad Ismail selaku Pengarah Program menyampaikan ucapan aluan. Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pidato ini. Ustaz Mohamad juga telah memberikan keyakinan pada semua hadirin, HESA akan terus menganjurkan program yang sebegini dan ditambah dengan beberapa program yang bermanfaat dalam membina jati diri pelajar.

Seterusnya dalam ucapan perasmian oleh Ustaz Ahmad bin Yahaya, beliau melihat bahawasanya pertandingan pidato ini merupakan satu medan bagi mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri pelajar. Sesungguhnya beliau melihat bahawa, pelajar sekolah agama ini mempunyai potensi yang begitu besar, dan Ustaz Ahmad merasakan seni pengucapan awam perlu dipelbagaikan lagi dalam memastikan pemidato yang dilahirkan menjadi pendaie yang hebat dalam masyarakat. Beliau juga mengharapkan pemidato yang ada pada hari ini, boleh menjadi pengkuliah dan penceramah, dek kerana pada ketika ini, amat diperlukan penceramah ataupun pengkuliah untuk mengisi majlis ilmu di masjid dan surau dalam negara kita.

 Dengan lafaz bismillah.. Ustaz Ahmad Yahaya merasmikan penutupan Pertandingan Pidato Piala HESA 2011.

Wednesday, July 13, 2011

Pertandingan Pidato Piala HESA 2011 (zon utara)

Pada 25 Jun yang lalu.. Pihak Unit Hal Ehwal Sekolah-sekolah Agama (HESA) telah berjaya mengadakan pertandingan pidato Piala HESA 2011. Hasil perbincangan dan penelitian yang dilakukan, maka terhasil satu program yang julung-julung kali diadakan.

Alhamdulillah, dengan berkat dan izin Allah Taala, pertandingan bagi saringan Zon Utara  telah diadakan di Sek. Men. Islam Darul Ulum. Pertandingan kali ini memperlihatkan banyak sekolah yang telah mengambil bahagian.

Berikut adalah lintas langsung yang dapat dikongsikan bersama buat teman-teman pembaca blog ini..




                              Meja pendaftaran yang dipenuhi peserta dan guru pengiring

        Ustaz Aswad - Maahad Tahfiz Al-Fityan

 Peserta Pidato Bahasa Arab

 Pidato Bahasa Melayu

Penyampaian hadiah pada para peserta

 Penyampaian cenderahati pada panel hakim




 Penyampaian cenderahati pada tuan rumah, Ust Ayub - SMIDU

Bergambar kenangan bersama para pemenang