Berkat doa,daripada semua pihak, HESA akhirnya ditubuhkan dan mula mengorak langkah dengan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Sekolah Agama Rakyat.
Pada awal penubuhan,sebanyak 21 buah sekolah telah berdaftar dibawah HESA dan seterusnya pada Mei 2010 pendaftaran meningkat menjadi 29 buah sekolah.
Selain itu juga, HESA telah berjaya mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri, bagi membantu sekolah-sekolah agama yang berada dibawah naungannya.
Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan,HESA mula mengorak langkah dan terus maju dalam perjuangan memartabatkan sekolah agama rakyat di seluruh negeri Kedah.
OBJEKTIF PENUBUHAN
· Menjadi tempat rujukan dan aduan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Menjadi penghubung diantara sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya dengan Kerajaan Negeri melalui Lajnah Pendidikan PAS Negeri Kedah
· Membentuk satu kerjasama yang erat di kalangan pentadbir Sekolah-sekolah Agama.
· Menjaga kebajikan semua sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Memantau perkembangan dan keperluan semasa semua sekolah yang bernaung di bawahnya
· Membantu sekolah-sekolah dari sudut pemantauan Guru / Penaziran.
· Menganjurkan kursus / latihan kepada para guru.
Menganjurkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kepada para pelajar seperti temasya sukan/sambutan hari guru/muhadhorah dan lain2 lagi.
VISI
“ Menyatupadu dan menjaga kebajikan sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah HESA samada dari sudut Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan.
MISI
“ Menjadikan HESA sebagai sebuah NGO yang terunggul dalam memperjuang, mempertahan dan mempromosikan sekolah-sekolah Agama milik rakyat melalui perkhidmatan dan penganjuran yang berkualiti dan berkesan.”
No comments:
Post a Comment