Monday, January 24, 2011

SEKOLAH YANG BERNAUNG DI BAWAH HESA

SENARAI SEKOLAH-SEKOLAH BAWAH NAUNGAN HESA
1.SEK. MEN. ISLAM DARUL ULUM (SMIDU)
2.MADRASAH AT TAKLIMIAH AL-KHAIRIAH
3.SEK. REN. ISLAM DARUL ULUM (SRIDU)
4.SEK. INTEGRASI FAIZIN (SAIF)
5.SEK. AGAMA AL-BAQIYATULSALIHAT
6.SEK. REN. ISLAM DARUL ULUM (LANGKAWI )
7.SEK. REN. ISLAM BURHAUDDIN AL-HELMY
8.SEK. REN. ISLAM AN-NUR
9.MADRASAH AN-NUR AL ISLAMIAH
10.SEK. REN. ISLAM DARUL ULUM (KUPANG)
11.MADRASAH ISLAHIAH DINIAH
12.SEK. REN. ISLAM RAUDATULMUSLIMIN
13.MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MISBAHUL MUNIR
14.SEK. REN & MEN. ISLAM TAHFIZ AL-QURAN, 
15.MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH,DERANG.
16.SEK. TAHFIZ SAINS AN NAJIHIN
17.MARKAZ  AT TA’LIM WAT TARBIAH
18.MADRASAH MISBAH AL FALAH
19.MADRASAH  NURUL ISLAH
20.MADRASAH NURUL HIDAYAH
21.MAAHAD QIRAAT AL AZHAR AMAL AIMY ZDALIFAH
22.SEK. REN. DARUL HIJRAH
23.MADRASAH ZUBAIDIYAH
24.SEK. AGAMA AT-TOYYIBAH
25.AKADEMI HAJI ABDULLAH SUBOH
26.MA'AHAD TAHFIZSAIDINA ABU BAKAR
27.SEKOLAH RENDAH AN-NAIM
28.SEK REN ISLAM NURUL HIDAYAH,PENGHULU ELANG
29.SEK.MEN AGAMA BAQIYATUSSOLIHAT,LANGKAWI.
30.MA'AHAD TAHFIZ AT-FITYAN 
31.SEK REN&MEN AL-IHSANIAH
32.INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM &TAHFIZAL-QURAN ABADA
33.PUSAT PENGAJIAN ISLAM MA'AHAD RAUDATUL ULUM 
34.MA'AHAD TAHFIZ AL-AMIN
35. SEK MEN AGAMA MAKARIMUL AKHLAK
 36. MADRASAH SAADATUL WATANIAH 
  37.TAHFIZ MUTMAINNAH
38. MAAHAD AL-IMAM AL-SYAFIE

Sunday, January 23, 2011

SEJARAH PENUBUHAN HESA

Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah ditubuhkan pada 2 April 2008 dalam satu majlis pertemuan diantara para pentadbir Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bertempat di Sekolah Integrasi Faizin, Guar Chempedak. Dalam majlis tersebut,semua pentadbir sekolah yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang berperanan sebagai pengurus kebajikan dan penghubung di antara sekolah-sekolah dengan kerajaan negeri kedah. Hasil mesyuarat tersebut satu jawatankuasa penaja telah dilantik untuk merialisasikan cadangan tersebut.
Berkat doa,daripada semua pihak, HESA akhirnya ditubuhkan dan mula mengorak langkah dengan menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Sekolah Agama Rakyat.
Pada awal penubuhan,sebanyak 21 buah sekolah telah berdaftar dibawah HESA dan seterusnya pada Mei 2010 pendaftaran meningkat menjadi 29 buah sekolah.
Selain itu juga, HESA telah berjaya mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri, bagi membantu sekolah-sekolah agama yang berada dibawah naungannya.
Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan,HESA mula mengorak langkah dan terus maju dalam perjuangan memartabatkan sekolah agama rakyat di seluruh negeri Kedah.

OBJEKTIF PENUBUHAN


· Menjadi tempat rujukan dan aduan sebarang permasalahan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Menjadi penghubung diantara sekolah-sekolah yang bernaung di bawahnya dengan Kerajaan Negeri melalui Lajnah Pendidikan PAS Negeri Kedah
· Membentuk satu kerjasama yang erat di kalangan pentadbir Sekolah-sekolah Agama.
· Menjaga kebajikan semua sekolah yang bernaung di bawahnya.
· Memantau perkembangan dan keperluan semasa semua sekolah yang bernaung di bawahnya
· Membantu sekolah-sekolah dari sudut pemantauan Guru / Penaziran.
· Menganjurkan kursus / latihan kepada para guru.

Menganjurkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum kepada para pelajar seperti temasya sukan/sambutan hari guru/muhadhorah dan lain2 lagi.

VISI

“  Menyatupadu dan menjaga kebajikan sekolah-sekolah yang berdaftar di bawah HESA samada dari sudut Pengurusan Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia dan Pembangunan Insan.

MISI


“ Menjadikan HESA sebagai sebuah NGO yang terunggul dalam memperjuang, mempertahan dan mempromosikan sekolah-sekolah Agama milik rakyat melalui perkhidmatan dan penganjuran yang berkualiti dan berkesan.”