Sunday, December 11, 2011

Kursus Pentadbir Sekolah - Sekolah Hesa 2011

Alhamdulillah, Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) dengan kerjasama dengan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) telah mengadakan Kursus Pentadbir Sekolah - sekolah HESA yang mana ianya telah bermula semalam dan hari ini adalah hari yang kedua. Program ini akan berakhir keesokan hari, 13 Disember 2011. Kehadiran amat memberangsangkan seramai 150 orang telah menghadiri kursus ini.

Pada semalam, telahpun selesai pembentangan kertas Modul Pentadbiran HESA yang mana ianya telah dibentangkan secara bersama oleh Penolong Setiausaha HESA, Ustaz Aizat Zakaria dan Cikgu Ramli Idris. Pada sebelah malamnya, pembentangan kertas pengurusan kurikulum yang telah dibentang oleh Cikgu Md Nor Hanafi.

Dan hari ni, telahpun selesai pembentangan kertas perubahan sistem pendidikan di Malaysia yg menarik perhatian seluruh peserta kursus.

Inshaallah, laporan dari semasa ke semasa akan admin laporkan di blog ini utk tatapan pembaca setia blog HESA. Berikut adalah gambar2 yang boleh dikongsi utk tatapan pembaca.




Monday, October 24, 2011

Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia Peringkat Negeri Kedah

25 Oktober 2011 - Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah menyertai aktiviti pameran sempena Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia peringkat Negeri Kedah. Alhamdulillah, persiapan untuk mengadakan pameran berjalan dengan lancar dengan bantuan kakitangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Jabatan Pendidikan dan kakitangan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum.

Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti sempena Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS Malaysia Peringkat Negeri :

20 Oktober 2011 - Khamis

9.00 pagi - Persiapan pameran oleh HESA dan kawasan - kawasan

9.00 malam - Pidato 3 Din dan perasmian sambutan
YB Tuan Haji Salahuddin bin Ayub
Naib Presiden PAS
YB Tuan Haji Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha PKR
YB Dato' Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah
Exco Kerajaan Negeri Kedah / Bendahari PAS Kedah / AJK PAS Pusat


21 Oktober 2011 - Jumaat

9.00 pagi - Program Muslimat PAS Kedah
- Pertandingan Nasyid Sekolah - Sekolah HESA

9.00 malam - Ceramah Perdana
Ybhg Ustaz Idris bin Ahmad
AJK PAS Pusat
YB Ustazah Siti Aisyah binti Ghazali
Exco Kerajaan Negeri Kedah
YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki
Timbalan Speaker DUN Kedah

22 Oktober 2011 - Sabtu

9.00 pagi - Konvensyen Negara Berkebajikan
Ybhg Ustaz Idris bin Ahmad
AJK PAS Pusat
YB Dato Ir. Haji Amiruddin bin Hamzah
Exco Kerajaan Negeri Kedah

3.00 petang - Forum Pengkisahan PAS Kedah
Ybhg Ustaz Abu Kasim bin Abdullah
Pengerusi Tetap Muktamar PAS Pusat
Ybhg Ustaz Haji Nasir bin Othman Al-Yunusi
Anakanda Allahyarham Tuan Guru Haji Othman (Pengasas PAS Kedah)
Ybhg Ustazah Fatimah

9.00 malam - Ceramah Perdana
Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS
YB Dato Haji Mahfuz bin Haji Omar
Naib Presiden PAS


23 Oktober 2011 - Ahad

9.00 pagi - program PASTI

3.00 petang - Program Sembang Bola

9.00 malam - Ceramah Penutup
YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang
Presiden PAS
YAB Dato Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak
Menteri Besar Kedah
YB Dato Ir. Haji Phahrolrazi bin Haji Zawawi
Exco Kerajaan Negeri Kedah

Berikut adalah gambar - gambar yang boleh dikongsikan sepanjang pameran berlangsung




















Saturday, August 6, 2011

IJTIMAK PENGKULIAH UMUMI NEGERI KEDAH & MAJLIS BERBUKA PUASA

06 Ogos 2011, Alor Setar - Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah bersama Lajnah Tarbiah PAS Kedah dan Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) telah berjaya mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi Negeri Kedah & Majlis Berbuka Puasa di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Program ini merupakan cetusan dari YAB Dato Seri Menteri Besar dalam menghimpun pengkuliah-pengkuliah umumi di seluruh Kedah. Dengan perolehan maklumat guru takmir dan pengkuliah umumi daripada Majlis Agama dan pelbagai institusi yang berkenaan, telah berjaya dihantar kad jemputan sebanyak 730 keping kepada seluruh pengkuliah umumi di Kedah.

Antara hasrat Kerajaan Negeri dalam mengadakan Ijtimak Pengkuliah Umumi :
a) Menghimpun pengkuliah umumi dalam merialisasikan Kedah Sejahtera
b) Mewujudkan gedung ilmu yang lebih meluas diseluruh Kedah
c) Merapatkan hubungan yang kukuh antara pengkuliah umumi dan pihak kerajaan negeri

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 3.45 petang hingga 4.45 petang, disulami dengan tayangan skrin kepada tetamu oleh Urusetia Penerangan Negeri dan sedikit penerangan ringkas program oleh pihak Unit HESA. Selepas itu, semua pengkuliah bergerak ke surau untuk menunaikan solat asar berjamaah.

Tepat jam 5.00 petang, Al-Fadhil Ustaz Ahmad bin Yahaya, Pengarah Program tiba diperkarangan Dewan Seri Mentaloon, disusuli lima minit kemudian ketibaan Ybhg Sohibus Samahah, Dato Paduka Syeikh Hj Baderuddin bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Pada jam 5.20 petang, ucapan dan tazkirah kepada pengkuliah umumi disampaikan oleh Dato Paduka Mufti Kerajaan Negeri. Banyak perkongsian yang telah dicurahkan oleh Dato dalam ucapan beliau. Antaranya, Dato melihat bahawasanya pengkuliah umumi ini perlu memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang ajaran Islam kepada masyarakat setempat. Disamping itu, Dato Mufti juga menyelar tindakan pengikut ajaran Syiah yang sentiasa melakukan sesuatu untuk menyesatkan ummat Islam di Kedah.

Pada jam 6.15 petang, Dato Paduka Mufti mengakhiri ucapan beliau dengan berpesan bahawasanya pengkuliah umumi merupakan pewaris nabi. Disamping itu, perlu dididik anak muda untuk mewarisi golongan amilin yang ada pada hari ini.

Selepas kepulangan Dato Paduka Mufti, sementara menunggu ketibaan YB Dato Ir Hj Phahrolrazi Zawawi, Urusetia Penerangan menayangkan beberapa video untuk tatapan para tetamu.

Pada jam 6.40 petang, ketibaan YB Dr Ismail Salleh disambut mesra oleh AJK Program dan disusuli selepas itu, Dato Ir Hj Phahrolrazi tiba diperkarangan Dewan Seri Mentaloon bersama isteri. Kemudian, YB Dato Phahrolrazi, Dr Ismail diringi ke pentas utama oleh Ybhg Ustaz Ahmad Yahaya untuk sesi ucapan perasmian.

Dalam ucapan aluan Pengarah Program, Ustaz Ahmad Yahaya mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian seluruh pengkuliah umumi menghadirkan diri ke program ini. 

Seterusnya, ucapan Dato Phahrolrazi menyentuh beberapa perkara tentang perkembangan Kerajaan Negeri. Beliau yang mewakili YAB Dato Seri MB menyampaikan salam dari MB dan memohon agar semua para hadirin mendoakan kesejahteraan Ustaz Azizan kembali sihat dan dapat melaksanakan tugas kembali.

Selepas ucapan Dato Phahrolrazi, bacaan doa oleh Ybhg Ustaz Hj Aminuddin bin Hj Abd Rahim, Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri. Selepas itu, para hadirin dijemput ke meja jamuan untuk persiapan berbuka puasa. Para hadirin bersurai selepas solat maghrib.

Wednesday, August 3, 2011

YAB Dato Seri Ustaz Azizan bin Abd Razak Semakin Pulih

Kesihatan YAB Dato Seri Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak yang dimasukkan ke IJN Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung dilaporkan semakin pulih dan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar kepada YAB Dato Seri, Sdr Mohd Helmi bin Khalid, kesihatan Ustaz berada dalam keadaan stabil dan tidak perlu dibimbangi.

Mohd Helmi juga berkata, pihaknya bagaimanapun tidak pasti bila Ustaz akan dibenarkan keluar.

YAB Dato Seri dimasukkan ke IJN setelah dinasihatkan oleh doktor di Kedah Medical Centre Alor Setar untuk menjalani pemeriksaan disana.

Dalam pada itu, kenyataan isteri kepada YAB Dato Seri Ustaz Azizan, Tok Puan Faikah Syeikh Hamzah dalam Sinar Harian bertarikh 3 Ogos 2011 berkata, berbanding hari pertama ketika Ustaz dimasukkan ke IJN, keadaan Ustaz amat lesu tetapi kini sudah ada selera makan.

Menurutnya juga, Ustaz Azizan, 67, dipercayai mengalami keletihan berikutan terlalu banyak memikirkan soal pentadbiran dan tidak pernah mengambil cuti sejak setahun yang lalu.

"Ustaz dimasukkan ke IJN bukan kerana serangan jantung, sebaliknya ada temujanji untuk pemeriksaan kesihatan lanjutan dengan pakar. Setakat ni, ustaz tidak mengalami masalah kesihatan lain, selain penyakit kencing manis dan jantung, "katanya.

Tok Puan Faikah berkata, Ustaz dilihat bersemangat kental untuk melawan penyakitnya itu dan tidak pernah berputus asa.

Dalam masa yang sama, Setiausaha Politik YAB Dato Seri, Tuan Haji Muhammmad Sanusi Md Nor dalam kenyataan dalam Sinar Harian berkata, MB terpaksa menukar rutin harian tidur  kerana terlalu letih.

"Kebelakangan ini, Ustaz tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10 malam, kemudian Ustaz akan memanggil saya ke rumah untuk berbincang pelbagai perkara.

Menurutnya, keadaan fizikal Ustaz kelihatan terlalu letih dan tidak menafikan beliau seorang pemimpin yang kuat kerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat.

Muhammad Sanusi turut berkongsi kata-kata Ustaz sebelum beliau dimasukkan ke IJN, apabila disuruh berehat sekejap.

"Laaaa...aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...., kata Sanusi menceritakan semula reaksi Ustaz Azizan.

Ketika berada di IJN, Ustaz Azizan turut dikunjungi Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun.


Walaupun berbeza politik, namun YAB Dato Seri Ustaz tetap mengagahkan dirinya menyambut ketibaan PM di Kepala Batas,
(gambar sebelum beliau dimasukkan ke IJN)

Wednesday, July 20, 2011

Pertandingan Pidato Piala HESA 2011 (Akhir)

16 Julai 2011 - Sabtu@Maahad Tarbiah Islamiah Derang : Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama Kedah, telah berjaya menganjurkan Pertandingan Pidato bagi tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dalam kategori Sekolah Menengah dan juga Rendah.

Alhamdulillah, pada jam 8.30 pagi telah dibuka meja pendaftaran untuk semua peserta yang mengambil bahagian. Pada kali ini, melihat bahawasanya kuantiti peserta memang memberangsangkan. Tepat jam 9.30 pagi, Pen Setiausaha program telah membuka tirai pertandingan dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Maahad Tarbiah Islamiah Derang untuk mempengerusikan pertandingan tersebut.

Untuk pertandingan pidato pada kali ini, masa yang diambil untuk dilangsungkan pidato mengikut bahasa dan kategori yang telah ditetapkan dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang. Tersinar di wajah wajah peserta yang berjaya ke peringkat akhir ini begitu bersemangat bagi merebut piala yang diperkatakan.

Setelah selesai pertandingan melibatkan ketiga-tiga bahasa tersebut, pada jam 1.15 petang, semua peserta berehat sebentar dan solat zohor berjamaah di Masjid Derang dan disulami dengan jamuan tengahari yang disediakan khas oleh pihak maahad.

Selepas selesai solat Zohor, para tetamu dan peserta berkumpul semula didalam dewan untuk Majlis Perasmian Penutupan. Pada jam 2.30 petang sementara menanti ketibaan perasmi, Ustaz Ahmad bin Yahaya, para tetamu dan peserta disajikan dengan alunan nasyid oleh DZIL AFNAN.

Pada jam 3.00 petang, ketibaan Ustaz Ahmad Yahaya ke Dewan Tafaqquh Fiddin Maahad Tarbiah Islamiah. Beliau disambut mesra oleh AJK Induk Hesa dan diiringi oleh Ustaz Aizat Zakaria yang kebetulan bersama beliau dalam perjalanan menuju ke program ini.

Di dalam kesempatan yang ada, Ustaz Mohamad Ismail selaku Pengarah Program menyampaikan ucapan aluan. Di dalam ucapannya, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan pidato ini. Ustaz Mohamad juga telah memberikan keyakinan pada semua hadirin, HESA akan terus menganjurkan program yang sebegini dan ditambah dengan beberapa program yang bermanfaat dalam membina jati diri pelajar.

Seterusnya dalam ucapan perasmian oleh Ustaz Ahmad bin Yahaya, beliau melihat bahawasanya pertandingan pidato ini merupakan satu medan bagi mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri pelajar. Sesungguhnya beliau melihat bahawa, pelajar sekolah agama ini mempunyai potensi yang begitu besar, dan Ustaz Ahmad merasakan seni pengucapan awam perlu dipelbagaikan lagi dalam memastikan pemidato yang dilahirkan menjadi pendaie yang hebat dalam masyarakat. Beliau juga mengharapkan pemidato yang ada pada hari ini, boleh menjadi pengkuliah dan penceramah, dek kerana pada ketika ini, amat diperlukan penceramah ataupun pengkuliah untuk mengisi majlis ilmu di masjid dan surau dalam negara kita.

 Dengan lafaz bismillah.. Ustaz Ahmad Yahaya merasmikan penutupan Pertandingan Pidato Piala HESA 2011.

Wednesday, July 13, 2011

Pertandingan Pidato Piala HESA 2011 (zon utara)

Pada 25 Jun yang lalu.. Pihak Unit Hal Ehwal Sekolah-sekolah Agama (HESA) telah berjaya mengadakan pertandingan pidato Piala HESA 2011. Hasil perbincangan dan penelitian yang dilakukan, maka terhasil satu program yang julung-julung kali diadakan.

Alhamdulillah, dengan berkat dan izin Allah Taala, pertandingan bagi saringan Zon Utara  telah diadakan di Sek. Men. Islam Darul Ulum. Pertandingan kali ini memperlihatkan banyak sekolah yang telah mengambil bahagian.

Berikut adalah lintas langsung yang dapat dikongsikan bersama buat teman-teman pembaca blog ini..




                              Meja pendaftaran yang dipenuhi peserta dan guru pengiring

        Ustaz Aswad - Maahad Tahfiz Al-Fityan

 Peserta Pidato Bahasa Arab

 Pidato Bahasa Melayu

Penyampaian hadiah pada para peserta

 Penyampaian cenderahati pada panel hakim




 Penyampaian cenderahati pada tuan rumah, Ust Ayub - SMIDU

Bergambar kenangan bersama para pemenang

Thursday, June 23, 2011

Maahad Tarbiah Islamiah ,Derang.

Maahad Tarbiah Islamiah Derang yang ditubuhkan pada Januari 1980 adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang berasaskan falsafah pendidikan Islam yang tulen. Kelahirannya adalah bertitik tolak dari kesedaran untuk mengembalikan nilai-nilai sahsiah Islam ke dalam diri generasi hari ini, yang bakal mewarisi kedudukan umat Islam di masa akan datang.

Asrama Omar(Putera Thanawiah)
Mula ditubuhkan oleh sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada 40 orang pendokong pertama yang diketuai oleh Syeikh Niamatamil’ (insan yang sempurna), yang mampu berinteraksi dengan baik terhadap alam dan penciptanya. Yusuf atas tapak tanah waqaf seluas 10 ekar di Kampung Tengah Derang Pokok Sena Kedah. Masyarakat terus-menerus terlibat membangunkan Maahad Derang di atas tapak yang kini seluas 27.5 ekar.
Bahagian Pengajkian Rendah 2
Bangunan Sayyid Abul Hassan Ali An Nadwi
Dewan Al-Bukhary
Masjid An Niamah


Dalam usianya yang masih muda ini Maahad Derang berusaha memenuhi matlamat membina ‘Al-Insanul Kamil’ (insan yang sempurna), yang mampu berinteraksi dengan baik terhadap alam dan penciptanya.


Mudir,
ABDUL MAJID BIN ABU BAKAR   

MAAHAD TARBIAH ISLAMIYAH,
Derang 06400 Pokok Sena Kedah Darul Aman.

PELAJAR
Jumlah Keseluruhan     :   530 orang
Jumlah Pelajar Lelaki    :    280 orang
Jumlah Pelajar Perempuan  :  250 orang

PENGHUNI ASRAMA
Jumlah Keseluruhan     :   230 orang
Jumlah Penghuni Lelaki :       130 orang
Jumlah Penghuni Perempuan :   100 orang

SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) POKOK SENA
MAAHAD TARBIAH AL ISLAMIYAH  
020-1101000-044-8


 PERTANYAAN BOLAH MENGHUBUNGI PIHAK MAAHAD DITALIAN:
Tel/Fax:    04 – 714 3643

Monday, June 6, 2011

SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM(SMIDU)

Sistem pendidikan semasa yang diamalkan di Negara ini secara langsung menghakis sistem pengajian pengajian Islam. Fenomena ini mengakibatkan generasi Muslim sukar untuk memahami dan menghayati ajaran Islam itu sendiri.

Menyedari hakikat ini Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merasa terpanggil untuk mewujudkan sebuah institusi pendidikan Islam. Pada akhir tahun 1991, sebuah bangunan 2 tingkat dibina yang dilengkapi dengan pejabat dan 7 bilik kelas. Maka pada tahun 1992 dengan rasminya tertubuhlah sebuah sekolah menengah Islam di bawah tajaan Badan Pehubungan PAS Negeri Kedah bertempat di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah dengan nama Markaz Tarbiah Watta’lim.

Tenaga pengajar waktu itu ialah Ustaz Abd Razak bin Hassan sebagai mudir bersama 3 orang guru dengan bilangan murid seramai 16 orang.

Pihak Lembaga Tadbir bersetuju menggunakan Kurikulum Thanawi Al Azhar, Mesir sebagai manhaj sekolah ini. Bahasa Arab menjadi bahasa utama di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1993 jawatan Mudir disandang oleh Ust Abdul Malik bin Hj Ahmad dengan dibantu oleh 7 orang guru yang lain.

Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan dan peningkatan pembelajaran yang makin mencabar maka pihak Lembaga Tadbir mula menerima guru-guru yang berijazah. Pada akhir tahun 1994, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud, lulusan Universiti Al Imam Muhammad Abi Suud, Riyadh dilantik menjadi Mudir.

Pada tahun 1995, pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menelan belanja lebih RM 1.3 juta dimulakan berkat sumbangan orang ramai. Pada tahun 1997, Kompleks tersebut disiapkan dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih selesa. Bangunan sekolah lama telah dijadikan sebagai asrama puteri sebelum bangunan asrama puteri yang khusus dibina pada tahun 1998.

Pada tahun 1998 juga, nama Markaz Tarbiah Watta’lim dengan rasminya ditukar kepada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) bagi diselaraskan dengan nama 2 buah  institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Dengan bertambahnya pelajar SMIDU, maka pada tahun 1999 pihak Majlis Muassasah Darul Ulum membina sebuah bangunan berasingan yang digunakan sepenuhnya pada tahun 2000 dengan perbelanjaan RM850 000.

Mulai Februari 2000, Ustaz Abu Bakar bin Lebai Mat dilantik menjadi Mudir dan berkhidmat selama 3 tahun. Setelah itu, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud dilantik semula sebagai Mudir. Semoga kegemilangan SMIDU akan tetap utuh, bergerak megah meredah segala cabaran demi merealisasikan citu-cita unggulnya.


NAMA DAN ALAMAT PENUH
SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM
KM. 23, JALAN KUALA NERANG 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

NOMBOR TELEFON DAN FAKS SEKOLAH
04-782 4454

NAMA AKAUN DAN NOMBOR AKAUN BANK SEKOLAH
SEK. MEN. ISLAM DARUL ULUM
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN POKOK SENA
02 075 001000 255 9

NAMA  MUDIR
MAT AYUB BIN MAT DAUD
019-509 4513


“KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA ‘AMILIN PEWARIS ANBIYA”

Monday, April 4, 2011

MAJLIS SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI KEPADA SEKOLAH HESA DAN PONDOK


UCAPAN OLEH YB MENTERI BESAR

ANTARA HADIRIN YANG HADIR

SUMBANGAN KEPADA PONDOK-PONDOK
SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH HESA


MB menjamu selera bersama guru2 pondok



Majlis telah diadakan di Hotel Regency A.Setar.Bermula pada jam 3.00 petang dan telah berakhir pada pukul 4.30 petang dengan sedikit jamuan petang.