"Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas" inilah kata2 yang sering kita dengar .Pepatah ini menerangkan betapa pentingnya memelihara kesihatan .Salah satu daripada usaha untuk memelihara kesihatan ialah melalui aktiviti sukan.Menyedari betapa pentingnya sukan ini dalam diri pelajar ,maka Exco Belia dan Sukan serta urusetia Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Hal Ehwal Sekolah Agama(HESA),mengambil inisiatif menganjurkan program Temasya Sukan Sekolah-sekolah HESA kali kedua 2011.
Objektif Temasya Sukan HESA:
- Memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah dan menyihatkan badan.
- Mengeratkan ukhwah antara pelajar dan guru-guru sekolah HESA
- Menjadi pentas mencungkil bakat pelajar2 dalam bidang sukan.
- BOLA SEPAK( MENENGAH&RENDAH)
- BOLA JARING(RENDAH)
- BADMINTON(MENENGAH)
- Gusti Lengan(guru&pelajar muslimin)
- Tarik tali(guru&pelajar muslimin)
- Baling bola kedalam bekas(guru muslimat)
- bowling padang(guru muslimat)
- susun bata(pelajar muslimin)
- Bawa bola pimpong dalam sudu(pelajar muslimat)
- ikat kaki tiga(pelajar muslimat)

- ZON SELATAN:24 Mac 2011(Padang Awam Kupang)
- ZON UTARA:26 Mac 2011(Maktab Mahmud Alor Setar)
Acara kemuncak sukan HESA akan diadakan pada 2 April bertempat di Kompleks Hijau Kuning dan Dewan KIA,Alor Setar.Semoga apa yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar..Insyaallah...