Monday, June 6, 2011

SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM(SMIDU)

Sistem pendidikan semasa yang diamalkan di Negara ini secara langsung menghakis sistem pengajian pengajian Islam. Fenomena ini mengakibatkan generasi Muslim sukar untuk memahami dan menghayati ajaran Islam itu sendiri.

Menyedari hakikat ini Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merasa terpanggil untuk mewujudkan sebuah institusi pendidikan Islam. Pada akhir tahun 1991, sebuah bangunan 2 tingkat dibina yang dilengkapi dengan pejabat dan 7 bilik kelas. Maka pada tahun 1992 dengan rasminya tertubuhlah sebuah sekolah menengah Islam di bawah tajaan Badan Pehubungan PAS Negeri Kedah bertempat di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah dengan nama Markaz Tarbiah Watta’lim.

Tenaga pengajar waktu itu ialah Ustaz Abd Razak bin Hassan sebagai mudir bersama 3 orang guru dengan bilangan murid seramai 16 orang.

Pihak Lembaga Tadbir bersetuju menggunakan Kurikulum Thanawi Al Azhar, Mesir sebagai manhaj sekolah ini. Bahasa Arab menjadi bahasa utama di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun 1993 jawatan Mudir disandang oleh Ust Abdul Malik bin Hj Ahmad dengan dibantu oleh 7 orang guru yang lain.

Berdasarkan kepada sambutan yang menggalakkan dan peningkatan pembelajaran yang makin mencabar maka pihak Lembaga Tadbir mula menerima guru-guru yang berijazah. Pada akhir tahun 1994, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud, lulusan Universiti Al Imam Muhammad Abi Suud, Riyadh dilantik menjadi Mudir.

Pada tahun 1995, pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menelan belanja lebih RM 1.3 juta dimulakan berkat sumbangan orang ramai. Pada tahun 1997, Kompleks tersebut disiapkan dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih selesa. Bangunan sekolah lama telah dijadikan sebagai asrama puteri sebelum bangunan asrama puteri yang khusus dibina pada tahun 1998.

Pada tahun 1998 juga, nama Markaz Tarbiah Watta’lim dengan rasminya ditukar kepada Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) bagi diselaraskan dengan nama 2 buah  institusi pendidikan iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU). Dengan bertambahnya pelajar SMIDU, maka pada tahun 1999 pihak Majlis Muassasah Darul Ulum membina sebuah bangunan berasingan yang digunakan sepenuhnya pada tahun 2000 dengan perbelanjaan RM850 000.

Mulai Februari 2000, Ustaz Abu Bakar bin Lebai Mat dilantik menjadi Mudir dan berkhidmat selama 3 tahun. Setelah itu, Ustaz Mat Ayub bin Mat Daud dilantik semula sebagai Mudir. Semoga kegemilangan SMIDU akan tetap utuh, bergerak megah meredah segala cabaran demi merealisasikan citu-cita unggulnya.


NAMA DAN ALAMAT PENUH
SEKOLAH MENENGAH ISLAM DARUL ULUM
KM. 23, JALAN KUALA NERANG 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

NOMBOR TELEFON DAN FAKS SEKOLAH
04-782 4454

NAMA AKAUN DAN NOMBOR AKAUN BANK SEKOLAH
SEK. MEN. ISLAM DARUL ULUM
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN POKOK SENA
02 075 001000 255 9

NAMA  MUDIR
MAT AYUB BIN MAT DAUD
019-509 4513


“KE ARAH MELAHIRKAN ULAMA ‘AMILIN PEWARIS ANBIYA”

No comments:

Post a Comment

Post a Comment