Tuesday, January 31, 2012

Lawatan HESA bersama Majlis Guru Besar HESA ke Indonesia 2012

Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA) telah berjaya mengadakan satu lawatan ke Indonesia pada 15 Januari 2012 yang lalu. Seramai 24 orang peserta telah mengikuti lawatan tersebut. Alhamdulillah berkat usaha yang digembelingkan, dengan bantuan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abd Razak dapat melancarkan lagi lawatan yang diadakan.

Lawatan ini bermula pada 15 Januari yang lalu. Para peserta rombongan berkumpul jam 7.30 pagi di Penang International Airport, Bayan Lepas. Alhamdulillah, semasa pengurusan untuk daftar masuk ke kapal terbang, pihak admin dan peserta tidak mengalami masalah dan kesukaran untuk masuk. Dengan izin Allah s.w.t, kapal terbang Air Asia QZ 7669 telah berlepas dari Airport Penang ke Jakarta Indonesia pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia.

Antara matlamat lawatan ini diadakan adalah untuk melihat suasana pengajian yang berlandaskan Islam di bumi Indonesia. Disamping itu, para peserta yang mengikuti lawatan ini, akan dapat mempelajari sistem pengurusan sekolah - sekolah agama di sana.

Alhamdulillah, setelah penerbangan hampir dua jam lebih, pesawat Air Asia telah selamat tiba di Jakarta Airport jam 10.24 pagi waktu Malaysia, jika waktu Indonesia lewat sejam dari waktu Malaysia. Setelah tiba di Terminal 3, peserta lawatan di jemput oleh sahabat Cikgu Kamarul yang pernah berurusan dengannya sebelum ini, yang dikenali Pak Herman. Kemudian kami terus menaiki bas yang disewa khas menuju ke bandar Jakarta untuk makan tengahari.

(pemandu bas yang sentiasa menemani sepanjang para peserta lawatan berada di Indonesia)

Setelah perjalanan dari Jakarta Airport, para peserta tiba di Restoran Bunga Raya yang menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang cukup menarik perhatian peserta. Al maklum saja lah, semuanya dalam kelaparan yang amat nyata. Restoran tersebut diakui penyediaan makanannya yang dalam keadaan yang baik dan halal. Menariknya di Indonesia ini, apabila kita tiba di restoran mereka, dengan serta merta lauk pauk, nasi dan air putih suam akan di bawa kepada kita di meja santapan. Kalau mereka masak 30 jenis lauk, semua tu la yang akan diangkat mereka kepada kita.
Tetapi awas....:-) kalau diambil semua lauk2 tu, wlaupun kita usik sikit saja, akan dikira kesemuanya. itulah trend di Indonesia.

Selepas daripada itu, peserta terus bergerak ke satu masjid yang terkenal di Jakarta yang dikenali dengan nama Masjid Istiqlal. Masjid tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri dan sering dikunjungi oleh pelawat pelawat seluruh negara apabila berkunjung ke Indonesia.

Setelah selesai melawat masjid tersebut, para peserta terus bergerak ke satu tempat yang dikenali sebagai Bogor. Perjalanan dari Jakarta ke Bogor mengambil masa yang begitu lama, hampir 4 jam perjalanan ke sana. Alhamdulillah, pada jam 5 petang waktu Malaysia, kami sampai di tempat penginapan di Bogor.

Peserta diberi masa untuk berehat hampir 3 jam di hotel yang didiami. Pada jam 8 malam waktu Malaysia, semua peserta dibawa menikmati makan malam di sebuah restoran yang berdekatan hotel tersebut. Setelah selesai, kami dibawa untuk jalan- jalan dan melihat sendiri suasana Pekan Bogor yang dikatakan cukup meriah pada malam tersebut. Pada jam 10.30 malam, semua peserta pulang ke hotel dan berehat untuk mengumpulkan tenaga bagi program keesokan hari.

(* bersambung ke tajuk hari Kedua)

No comments:

Post a Comment